Misi Kami

Naturalliance adalah bertujuan untuk memberikan panduan terhadap masyarakat bagi memulihara dan melestarikan kekayaan dan perkhidmatan alam semulajadi di mana sahaja mereka tinggal.

 

Ekosistem dunia dan sumber-sumbernya

Kemunculan bumi yang dilihat daripada Appollo 9 di dalam orbit bulan © NASA
Kemunculan bumi yang dilihat daripada Appollo 9 di dalam orbit bulan © NASA

Bayangkan dunia ini merupakan sebiji bola yang dipegang di antara tangan yang didepakan. Ekosfera, atau lapisan di mana sokongan terhadap kehidupan di atas dan di bawah permukaan tanah atau air, adalah kurang daripada ketebalan satu kuku tangan. Kerapuhan ekosfera mengandungi sistem-sistem mozek yang cantik, terdiri daripada tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan organisma lain, dengan permukaan tanah, air dan udara yang menyokong mereka. Kita adalah sebahagian daripada ekosistem tersebut, di mana ianya merangkumi hutan-hutan, bukit-bukau, tanah hijau, padang pasir, tasik-tasik, sungai-sungai dan lautan. Kita bergantung kepada keadaan kesihatan dan sumber-sumber ekosistem dunia untuk kelestarian kita semua.

Organisma-organisma di dalam ekosistem.

Ayam Hutan Kelabu, menandakan sebuah tanah ladang yang sihat © Matej Vranič
Ayam Hutan Kelabu, menandakan sebuah tanah ladang yang sihat © Matej Vranič

Sekarang bayangkan populasi organisma yang kecil (tumbuhan, haiwan, kulat dan mikro organisma yang lain) dalam sebuah ekosistem bersama sejumlah besar makanan dan habitat, dan sedikit atau tiada pemangsa, penyakit, parasit, atau lain-lain jenis kematian. Beberapa penyelidikan tleah menunjukkan bahawa populasi sebegini akan berkembang. Masa yang di ambil oleh mereka untuk digandakan bergantung kepada kepelbagaian saiz organisma, digandakan dalam masa beberapa minut untuk bakteria tetapi mengambil satu dekad atau lebih untuk kumpulan gajah, bersama dengan populasi lain-lain jenis haiwan kecil dan tumbuhan yang berupaya bertambah beberapa kali dalam masa setahun. Populasi sebegini akhirnya akan menemui sumber yang terhad dan berhadapan dengan kebuluran. Walaubagaimanapun, kebiasaannya populasi tumbuhan-tumbuhan dan haiwan yang matang tidak berkembang melalui kaedah sebegini. Kemalangan, pemangsa dan penyakit mengambil lebihan daripada yang muda untuk peluang berkembang, disamping beberapa kebuluran. Terdapat kumpulan kecil yang mencapai 'umur tua'. Kematian-kematian yang berlaku memberikan ruang terhadap organisma lain di dalam ekosistem termasuklah kita semua.

Kesan kita terhadap ekosistem.

Manusia hidup sebagai pemburu-berkumpulan beberapa milenium yang lalu sebelum kita mempelajari untuk memelihara haiwan dan bercucuk tanam. Pertanian telah berkembang selepas kejadian zaman ais yang lalu, menghasilkan bekalan pengeluaran makanan yang stabil yang telah membenarkan kependudukan manusia untuk berkembang dengan pesat, yang telah menghasilan bandar-bandar. Populasi manusia telah berkembang dengan pesat secara dramatik di mana ianya telah mengakibatkan banyak kemusnahan kepada ekosistem dan iklim. Jika ganguan ini terjadi melebihi beberapa tahap ketahanan kritikal, ekosistem akan berhenti berfungsi secara efektif, yang akan memberikan masalah dan kesan terhadap kehidupan manusia dan juga beberapa aspek alam sekitar. Di kawasan pendalaman, aktiviti-aktiviti manusia boleh mengakibatkan penuaian keterlaluan oleh penduduk tempatan terhadap spesis liar jika sistem-sistem tidak diuruskan dengan sempurna. Di dalam bandar-bandar kita bergantung kepada ekosistem perladangan di kawasan lain bagi pengeluaran sumber intesif. Di dalam dunia moden, hanya segelintir kecil warganegara yang memahami proses yang terlibat, dan undang-undang yang digubal oleh majoriti penduduk bandar kebiasaanya tidak popular dengan penduduk-penduduk di kawasan pendalaman. Dengan populasi manusia di waktu ini yang tahapnya tidak pernah berlaku sebelum ini, adalah sukar untuk mengelak impak kemusnahan terhadap kapasiti ekosistem tanpa pendekatan informasi yang bersepadu, dengan menggunakan sains dan pengetahuan praktikal.