'Pendekatan ekosystem'
Pemburu telah membuat beratus pemuliharaan tanah lembab di Amerika Utara degan pertolongan daripada © Ducks Unlimited.
Pendekatan sebuah ekosistem menerima bahawa perubahan di dalam ekosistem-ekosistem dan spesis-spesis mereka adalah tidak dapat dielakkan disebabkan oleh proses semulajadi, di mana mungkin berlaku secara pantas atau perlahan. Sebagi contoh, tasik yang cetek dipenuhi dengan sedimen daripada bukit bukau. Manusia akan mengubah ekosistem secara sengaja, sebagai contoh daripada hutan kepada perladangan, dan secara tidak sengaja apabila tanah ladang yang digunakan secara intensif dan terhakis menjadi padang yang ditinggalkan atau diturun taraf kepada padang yang tidak dikerjakan. Impak sesetengah perbuatan manusia yang tidak disengajakan mengakibatkan perubahan semulajadi, seperti melalui perubahan iklim. Impak manusia ke atas ekosistem kadang kala boleh dikurangkan secara mudah sebenarnya, jika mreka yang menggunakan produk-produk daripada ekosistem tersebut mengambil tindakkan. Oleh itu, kumpulan pemancing 'angler' mempromosikan tangga-ikan di kawasan empangan dan pemburu itik melakukan penyimpanan di tanah lembab. Kemusnahan terhadap alam sekitar boleh diperbetulkan dengan pantas jika pengetahuan berpusat membantu untuk pengembangan kemahiran tempatan dan tabungan yang cukup bagi usaha-usaha memberi pengetahuan kepada komuniti tempatan, berpandukan kepada minat oleh komuniti-komuniti tersebut.
Adaptasi terhadap spesis liar terhadap perubahan.
Pembiakkan Barn Swallow yang berpindah ke Utara © Gallinago_media/Shutterstock
Kepesatan perubahan terhadap ekosistem akan ditunjukkan oleh komponan spesis-spesis tersebut. Di luar kawasan tropika, bunga-bungaan berkembang dan serangga-serangga muncul awal setiap tahun disebabkan oleh kenaikkan iklim.Di dalam kawasan tropika, perubahan kadar penerimaan hujan memberi kesan terhadap tumbuhan. Kedua-dua tren ini boleh dilihat ketika waktu di mana burung-burung yang berhijrah menetap, di mana sebahagian akan bergerak dengan yakin ke arah uatara untuk pembiakan. Spesis-spesis yang kurang bergerak kadang kala dapat menyesuaikan diri dengan baik, tetapi sering kali tidak dapat berkembang dengan pantas di kawasan baharu, terutamanya jika dihadkan oleh pantai-pantai atau di atas gunung ganang yang terpencil. Setiap organisma makan dan dimakan, jadi kepupusan satu spesis tempatan akan memberi kesan kepada yang lain di dalam ekosistem tersebut juga. Setiap orang perlu sedar akan perubahan yang paling ketara berlaku di dalam planet mereka, dan apa maksudnya kepada mereka dan keluarga mereka. Adakah sekolah di tempat atau tempat kerja anda merupakan pusat penyimpanan rekod-rekod tersebut?
Adaptasi oleh manusia.
Penyesuaian Sweet Cows di hutan Colombia © April DeBord/Shutterstock
Walaupun warga kota bergantung terhadap ekosistem untuk makanan, air dan udara, jadi perubahan akan membawa kesan kepada kita semua. Para peladang-pelandang memerlukan cuaca yang boleh diramal dengan baik untuk penanaman tanaman untuk makanan setiap tahun. Ada sedikit fleksibiliti terhadap bagaimana rumput untuk haiwan ternakkan ditanam, di atas padang rumput lembab atau kawasan berbukit-bukau yang kering, bersama skop bertujuan untuk penyimpanan bagi mengimbangi kemerosotan tanaman buat sementara. Bagaimanapun, ketiadaan hujan dalam jangka masa yang lama adalah masalah kepada kedua-dua tanaman dan ternakkan, dan bagi mengelak daripada kebakaran hutan dalam beberapa tahun untuk tumbesaran bagi pokok balak. Untung, perhutanan dapat membantu mengekalkan kelembapan tanah , dan juga menyimpan karbon, dan manusia yang kurang makan daging daripada hasil ternakan akan mengurangkan perlepasan gas oleh rumah hijau daripada ternakan. Walau bagaimanapun, memakan daging mungkin paling sesuai untuk kelestarian bagi penggunaan tanah dan rupa bumi yang tidak kurang sesuai untuk tujuan penanaman tumbuhan. Penuaian spesis-spesis liar dapat membantu ekonomi dengan lebih berbanding dengan ternakan di atas tanah sebegitu, seperti yang terdapat di kawasan-kawasan Afrika di mana perbelanjaan bagi mencegah penyakit bagi ternakan adalah sangat tinggi, dengan potensi yang sama di dalam kawasan-kawsan liar yang dibangunkan semula di tempat lain. Kekayaan alam di atas tanah seperti itu boleh meningkatkan ketahanan kehidupan apabila berlakunya perubahan iklim. Adalah sangat penting untuk mengekalkan pengetahuan tradisional bagi menguruskan kawasan-kawasa tersebut, di mana ianya sentiasa hilang disebabkan tanah telah diubah bagi menyesuaikan dengan mesin-mesin pertanian.