Kita mesti kurangkan pemanasan global

 
Tahap karbon dioxida global dan suhu udara meningkat setiap tahun melebihi tahap pra industri.  © Creative Commons.
Tahap karbon dioxida global dan suhu udara meningkat setiap tahun melebihi tahap pra industri. © Creative Commons.

Planet kita sedang berada dalam kepanasan. Sesetengah pemanasan ini adalah dapat dijangkakan, disebabkan pengembangan keluasan matahari secara beransur-ansur dan perubahan kecil di dalam orbit dunia. Namun, kesan tersebut boleh dijangkakan dan tidak dapat menerangkan kepantasan kepanasan yang kita hadapi sekarang. Pemanasan ini telah berkembang seiring dengan industri kemanusian dan pengembaraan yang berlaku. Ia sepadan dengan ramalan lain yang dinyatakan oleh seorang saintis Sweden 150 tahun yang lalu, di mana peningkatan sesetengah gas boleh mengakibatkan atmosfera memerangkap lebih banyak kepanasan matahari. Peningkatan suhu yang mengejutkan sejak 70 tahun yang lalu dapat diterangkan melalui peningkatan tahap gas ‘rumahhijau’ di mana karbon dioksida dan methana telah terhasil dengan banyaknya.

 

 

Dua belas tahun daripada pengunduran di Norwegian Briskal glacier, di mana merangkumi kawasan tasik hanya satu dekad yang lalu.  © Mateusz Kurzik/Oleg Kozlov/Shutterstock
Dua belas tahun daripada pengunduran di Norwegian Briskal glacier, di mana merangkumi kawasan tasik hanya satu dekad yang lalu. © Mateusz Kurzik/Oleg Kozlov/Shutterstock

Peningkatan suhu dunia akan memberikan dua kesan utama. Secara beransur-ansur kesan paling ketara adalah terhadap pencairan ais dalam rantau khutub. Glacier yang terdapat di Antartika dan Greenland sedang cair dan mengalir pantas. Mereka mengeluarkan ais yang menutupi tanah untuk cair di dalam laut dan disebabkan itu telah meningkatkan paras laut di seluruh dunia, kemungkinan sebanyak 1 meter pada abad ini. Kesan yang lebih hebat adalah kesan terhadap cuaca, yang mana ianya berkaitan dengan perubahan dalam suhu laut dan dalam corak cuaca yang terkesan disebabkan suhu lautan. Lebih banyak wap air meningkat ke dalam atmosfera disebabkan pemanasan lautan, dan perubahan corak cuaca yang telah mengakibatkan sesetengah tempat mengalami peningkatan hujan dan ribut lebih daripada biasa. Bezanya, ada pula kawasan yang mengalami cuaca kering dalam jangkamasa yang lama dan kekurangan penyimpanan air.

Apa yang berlaku apabila cuaca berubah

Banjir di Thailand © Atikan Pornchprasit/Shutterstock
Banjir di Thailand © Atikan Pornchprasit/Shutterstock
 

Populasi manusia telah menjadi besar terima kasih kepada pembangunan pertanian dalam beberapa milenia (ribuan tahun) cuaca yang menyamankan. Walau bagaimanapun, pada masa kini peningkatan di dalam suhu global mengancam manusia dan alam dalam empat cara: banjir, kebakaran, kelaparan dan penyakit berjangkit. Banjir menjadi buruk disebabkan peningkatan air laut di kawasan rendah dan hujan lebat yang membersihkan tanah di kawasan yang lain. Cuaca kering yang berpanjangan mengakibatkan sayuran dan tumbuhan berkemungkinan besar akan kering, dan kemudian terbakar di dalam kebakaran secara tidak sengaja. Kemarau dan banjir memberi kesan terhadap tumbuhan sebagai makanan kepada manusia dan haiwan yang lain, dan mengakibatkan kebuluran yang boleh menjadi semakin buruk disebabkan kekurangan air minuman. Kesan-kesan ini akan juga mengakibatkan tumbuhan dan haiwan mudah terdedah kepada penyakit berjangkit tropika, yang tersebar ke arah kutub yang berada dalam suhu baharu yang lebih panas.

Kebakaran semulajadi di USA © ARM/Shutterstock
Kebakaran semulajadi di USA © ARM/Shutterstock

Paras karbon dioksida meningkat bersama dengan pembakaran bahan api fosil, termasuk arang batu, minyak dan gas. Walaupun sekiranya kita berhenti membakar bahan-bahan api ini, peningkatan suhu secara beransur-ansur dewasa ini akan mengambil berabad lamanya untuk mengudurkan masa menjadi seperti dahulu. Ini menjadikan kemusnahan terhadap hutan tropika yang luas tersangat membimbangkan. Jika hutan lain hilang disebabkan kebakaran tidak sengaja dan tanah menjadi kemarau, penduduk tempatan perlu berpindah. Lebih ramai manusia akan menjadi pelarian sekiranya peningkatan paras laut mengakibatkan ribut bertukar kepada banjir di kawasan bandar-bandar di persisiran pantai. Adakah berkemungkinan pelarian ini akan mengakibatkan risiko di mana perhatian antarbangsa secara keseluruhannya terarah kepada mereka daripada mencari solusi terhadap perubahan cuaca, pemuliharan alam dan kehidupan kita?

Apa yang boleh kita lakukan?

Kuasa pembekal isirumah baharu bagi Eropah dan Afrika © Hecke61/MrNovel/Shutterstock
Kuasa pembekal isirumah baharu bagi Eropah dan Afrika © Hecke61/MrNovel/Shutterstock

Terdapat solusi berasaskan alam semulajadi bagi membantu lautan, tanah dan sayuran untuk menyerap lebih karbon. Menanam pokok-pokok dengan lebih meluas beransur-ansur akan menghasilkan tanah baharu, dan juga memberikan peluang untuk menyimpan karbon yang berfungsi seperti balak di dalam bangunan. Perlaksanaan untuk menyimpan kelembapan tanah melalui pemuliharaan ekosistem, terutamanya dalam tanah gambut, hutan baharu dan pertanian regenatif mampu membantu dengan jayanya. Terdapat juga solusi kejuruteraan. Eletrik yang dijana daripada cahaya matahari dan angin dapat menggantikan tenaga yang cukup sewaktu musim yang tenang dan gelap. Negara-negara di bahagian Utara perlu untuk mengadaptasi kehidupan mampan, dan juga untuk membantu negara-negara di bahagian selatan melakukan transisi ini, kerana kita semua berkongsi satu planet. Walau apa pun yang kita lakukan, kita perlu mengambil tindakkan pantas, sebelum mana-mana mercu-mercu tanda dapat dicapai.